Lembu hidup semula?



KOTA TINGGI - Seekor lembu dari 22 ekor yang menjadi korban 'bangkit' semula menimbulkan kekecohan pada majlis korban UMNO Bahagian Tenggara di Kampung Lukut di sini kelmarin.

Ini kerana sebaik sahaja disembelih, lembu berkenaan merengus dan tiba-tiba bangun semula menyebabkan orang ramai di kawasan berkenaan melarikan diri.




Bagaimanapun selepas lima minit, lembu itu berdiri, ia akhirnya rebah semula.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, kejadian itu jarang berlaku kerana kedua-dua urat besar di leher lembu berkenaan sudah putus ketika kejadian.

Katanya, biar pun lembu itu berupaya berdiri dan bertahan tidak sampai lima minit namun kejadian itu dianggap pelik.
"Ini kerana biasanya lembu yang disembelih terus rebah dan ia memudahkan petugas melapah dan seterusnya membahagikan daging korban," katanya ketika ditemui kelmarin.

Terdahulu, seawal pukul 8 pagi juga di Kampung Lukut, orang ramai gempar apabila seekor lagi lembu korban lain secara tiba-tiba menerjah keluar dari kandang ketika petugas membawa keluar seekor lembu untuk disembelih.
Keadaan itu menjadi agak kelam kabut ekoran lembu yang terlepas itu berlari menuju kearah orang ramai yang hadir bagi menyaksikan majlis penyembelihan lembu korban.






Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK

Subscribe to isuharian


No comments:

Post a Comment