BUENOS AIRES - Seekor kuda liar melambung hampir 10 meter ke udara
selepas haiwan itu bertembung dengan sebuah kereta lumba, lapor sebuah
akhbar semalam.
Rakaman video kemalangan dahsyat itu yang berlaku ketika Rali
Argentina berlangsung pada Ahad lepas menunjukkan seorang pemandu,
Federico Villagra merempuh kuda tersebut dengan kereta Mitsubishi Evo
yang dipandunya.
Haiwan itu cedera teruk dan terpaksa dihapuskan selepas ia tiba-tiba
berkeliaran di litar perlumbaan tersebut.
Dua ekor kuda lain yang turut berada di litar itu berjaya mengelak
daripada dilanggar kereta Villagra.
Sebuah akhbar Argentina melaporkan di sebalik pelanggaran dahsyat itu,
Villagra hanya mengalami cedera ringan dan hanya kehilangan 30 saat
masa perlumbaan.
"Saya terkejut melihat kuda-kuda itu melintas. Seekor daripadanya
melanggar cermin hadapan kereta saya dan terpelanting ke belakang
kereta," katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment