Aleesya Farhana masuk ICU


Pemuda yang sudah bertukar menjadi 'gadis' ini dilaporkan dimasukkan ke dalam ICU..Tekanan perasaan mungkin setelah gagal di mahkamah untuk kes menukar nama dia. Pihak admin sendiri tak tau nak kasihan atau sebaliknya...apa pandangan pembaca budiman sekalian.?.apapun..semoga beliau cepat sembuh dan merenungi kehidupannya..

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang
gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, kini dirawat di
Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, kerana mengalami
masalah jantung dan tekanan darah rendah. Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika ditemui di hospital itu berkata anaknya mengalami muntah teruk dan tidak sedarkan diri kira-kira 3 pagi tadi.

Sumber:berita harian online




"Aleesya kini dalam keadaan stabil. Doktor mengesahkan dia mengalami
serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic
shock'," katanya.
Beliau berkata anaknya itu mengalami kemurungan selepas permohonan yang
difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita,
ditolak.
Pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz, 25, selaku pempetisyen setelah mengambil kira tiga faktor iaitu
kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ
dalaman.
Beliau yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama
di dalam Mykadnya kepada Aleesya Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan
pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.
Permohonan itu dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti
tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan
sebagai seorang wanita.
Sementara itu, bapanya berkata beliau telah dihubungi Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung
permohonan anaknya untuk ditempatkan di asrama wanita sekiranya permohonannya
memasuki universiti tempatan, diterima.
Katanya, perkara itu masih dalam pertimbangan kementerian berkenaan. -- BERNAMA

Jika anda ingin mendapatkan gambar pelik, kelakar, ajaib dan juga isu-isu hangat masa kini terus ke email anda, daftarkan diri secara percuma. KLIK

Subscribe to isuharian

No comments:

Post a Comment